
Doa merupakan antara kaedah untuk mengungkapkan kasih sayang dan cinta kita terhadap pasangan untuk hidup bahagia bersama hingga ke Syurga. Berikut adalah beberapa sebab mengapa sang isteri perlu berdoa untuk sang suami / keluarga:-
- Meyampaikan harapan, sokongan dan keprihatinan isteri terhadap suamianya.
- Mengukuhkan hubungan pasangan suami isteri.
- Memohon kesejahteraan, keselamatan dan kejayaan bagi ketua keluarga yang dibina samaada dari segi kerjaya, kewangan, kesihatan mahupun kehidupan seharian.
- Memberikan ketenangan jiwa terhadap suami yang keluar mencari rezeki untuk keluarga tersayang
- Mencipta lingkungan keluarga yang aman, bahagia dan harmoni
Ya Tuhan, berikan suamiku akal agar dapat menggunakan pemikiran yang baik untuk perbuatan yang baik. Jauhkanlah dari fikiran-fikiran jahat dan menjerumuskan. Berikan suamiku kesabaran agar dapat menahan segal amanah dan emosinya. Berikanlah dia suatu ketabahan bila sedang di undang rasa duka.
Dennis Zill
Baca: Tafsir Mimpi Gigi Patah dan Tercabut
Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.
Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kurniakanlah kesihatan yang baik buat suamiku. Ringankanlah bebanannya untuk menanggung segala kesakitan yang dialami olehnya ya Allah. Dan aku memohon keampunan dari-Mu kerana sesungguhnya, Engkau Tuhan yang Maha Pengampun.
Ya Allah Ya Rabb.. Aku berdoa untuk semua hati yang menangis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepadaMu

Koleksi Doa Murah Rezeki
- Rumi – Doa Murah Rezeki Bebas Hutang dan Kemiskinan
- Moga Dipermudahkan Urusan – Rezeki Allah Itu Luas
- 21 Quotes & Doa Dimurahkan Rezeki Dari Allah
- Rezeki Quotes: Rezeki Tak Salah Alamat
- Bergambar – 10 Doa Murah Rezeki Rumi Dari Al Quran
Ya Allah, anugerahkanlah suamiku balasan yang sebaik-baiknya kerana membimbingku ke jalan-Mu dan pahala yang besar atas kasih sayangnya yang melimpah-ruah ke atas ku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, Tuhan yang memiliki kasih sayang dan rahmat yang sungguh luas, limpahkanlah kasih sayang di antara kami berdua di dunia dan juga di Syurga-Mu.
Ya Allah, Tuhan kepada umat manusia, aku memohon kepada-Mu, untuk melenyapkan segala penyakit yang ada pada suamiku. Berikanlah dia kesihatan yang baik agar boleh kembali beribadah kepada-Mu seperti sedia kala. Sesungguhnya Engkau Penyembuh untuk segala penyakit.

Ya Rabb, Jika suamiku adalah yang terbaik buatku, maka, jauhilah aku daripada melakukan perbuatan dan kata-kata yang boleh menyinggung perasaannya. Dan permudahkanlah urusannya dalam membimbing keluargaku agar kami semua memperoleh rahmat dan keberkatan dari Mu ya Allah.
Ya Allah, jagalah suamiku ketika dia berjauhan dari aku dan keluarga. Aku menitipkan agamamu, amanahmu, dan perbuatan terakhirmu kepada Allah.
Baca: Bergambar – Ucapan Selamat Hari Lahir
Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah suamiku kemudahan untuk mencari rezeki demi keluarga. Ketuklah pintu hatinya agar dia tidak pernah lalai dalam menjalankan kewajibannya. Jagalah dia Ya Allah agar selamat dalam lindunganMu.
Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan suamiku dalam pencarian rezekinya untuk memberi nafkah kepada kami sekeluarga. Kau lindungilah suamiku sepanjang hayatnya. Kau kurniakanlah dia kesihatan yang baik. Bersihkan hatinya untuk dia terus beriman kepadaMu

Suamiku. Semoga seluruh peluh dan tetesan keringat yang keluar dalam mencari nafkah untuk kami, sentiasa berkat dan dibalas dengan syurga. Aamiin

Ya Allah, berikan suamiku kemudahan rezekinya. Jika letaknya masih jauh, makan dekatkanlah. Jika masih dilangit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertahan didasar bumi, hanya Engkaulah yang mampu menyeluarkannya. Ya Allah, berkatilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga dunia dan akhirat. Aamiin

Ya Allah, limpahkan rezekiMu buat suamiku. Hindarilah dia dari penyakit yang merbahaya. Sayangi suamiku melebihi rasa sayangnya terhadap diriku. Limpahkan ampunanMu baginya seperti ia selalu memaafkan kesalahan dan kekuranganku terhadapnya. Sesungguhnya aku mencintainya Ya Allah. Dan jadikanlah keluarga kami sebagai keluarga yang Engkau berkati.
Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu
Baca: 15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati
Ya Allah, mudahkanlah urusan suamiku dan lancarkanlah rezekinya dalam mencari nafkah.

Ya Allah, jagalah suamiku ketika dia berjauhan dari aku dan keluarga. Aku menitipkan agama, amanah dan perbuatan terakhir kepada Allah. Ya Allah, lindungilah suamiku tidak kira dimana dia berada. Permudahkanlah segala urusannya dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.



Doa Untuk Suami Tersayang Doa Untuk Suami Tersayang