Koleksi Doa Selepas Solat PDF

Koleksi Doa Selepas Solat PDF

Ya Allah Ya Rahman,

Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya. Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain.

Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku. Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agama-Mu.

Baca: Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku

Ya Allah Ya Rahman,

Berkatilah ku dengan anak-anak yang soleh. Bantulah ku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak aku dan pasanganku.

Peliharalah mereka supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan aku dan pasanganku yang lalu dalam hidup mereka.

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mata. Jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepada-Mu sahaja.

Ya Allah Ya Rahman,

Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan. Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirat.

Ya Allah Ya Rahman,

Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.

Baca: Simple – Ucapan Pengantin Baru Buat Sahabat

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agama-Mu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.

Ya Allah Ya Rahman,

Selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.

Perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin ya Rabb Al’alamiin.


Download: Doa Selepas Solat PDF

Koleksi Doa Selepas Solat PDF Koleksi Doa Selepas Solat PDF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *