Khasiat Doa Abu Darda Rumi, Terjemahan dan PDF

Doa Abu Darda – Dia merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal dengan keilmuannya dan pemahamannya tentang ajaran agama Islam.

Nama lengkapnya adalah Uwaimir bin Malik. Dia berasal dari suku Ansar iaitu suku asli Madinah.

Abu Darda terkenal sebagai seorang ulama di kalangan sahabat Nabi dan dianggap sebagai salah satu dari Fuqaha’ (ahli fiqah) dan Huffaz (penghafal Al-Qur’an) di Madinah.

Baca: Hadis : 10 Kelebihan Al Quran (Bergambar)

Doa Abu Darda Rumi

Bismillahir-rahmanirrahim, Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Ashrofil ‘Anbiya’i Wal Mursalin, Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain. 

Allahumma Anta Robbi, Laa Ilaha illa Anta. ‘Alaihi Tawakkaltu, Wa Anta Robbul ‘Arsyil-‘Azim. 

MasyaAllahu KaaNa, Wa Maa Lam Yasha’ Lam Yakun. Laa Haula Wala Quwwata Illa Billahil-‘Azim. A’lamu Annallaha ‘Ala Kulli Syai’in Qodir, Wa Annallaha Kod AhaThoBikulli Syai’in ill-ma. 

Allahumma Inni ‘Auzubika Min Syarri Nafsi, Wa Man Syarri Kulli Dabbatin Anta Aakhizun Binasiyatiha Inna Robbi Sirotin Mustaqim. 

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Wassalam, Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin. 

Muat Turun: Doa Abu Darda PDF

Terjemahan Maksud Doa Abu Darda Dalam Bahasa Melayu

Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas tuan kami, Nabi Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, (selawat dan salam ini juga dilimpahkan) ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan (yang layak disembah melainkan Engkau). Aku hanya bertawakkal kepadaMu, dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang besar. Apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan berlaku.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang melata yang Engkau memegang ubun-ubun mereka (berkuasa ke atas setiapnya). Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan berilah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Baca: 4 Doa Nabi Sulaiman – Kaya, Syukur, Jin, Binatang Buas

Cara Amalkan Doa Abu Darda

Doa ini boleh dibaca selepas Subuh untuk perlindungan sepanjang hari, dan juga selepas Maghrib untuk perlindungan sepanjang malam.

Kelebihan dan Khasiat Doa Abu Darda

Doa Abu Darda ra amat terkenal dan sering diajar untuk diamalkan agar ia menjadi pelindung diri, keluarga dan harta daripada mala petaka.

Sejarah Doa Abu Darda

Doa Abu Darda ra amat terkenal dan sering diajar untuk diamalkan agar ia menjadi pelindung diri, keluarga dan harta daripada mala petaka. Malah kisah doa Abu Darda ra juga diceritakan di dalam Risalah Ayat Manzil yang dijual di kedai-kedai buku dipasaran. Kisahnya adalah:

Talha ra meriwayatkan: “Seorang telah datang kepada Abu Darda ra dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar.

Abu Darda ra menjawab: “Tidak, rumah saya tidak terbakar”. Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda ra memberi jawapan yang sama.

Pada kali ke-empat, seorang datang dan memberitahu Abu Darda ra, “Wahai Abu Darda! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam”.

Abu Darda ra menjawab: “Saya yakin bahawa Allah swt tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah saw telah mengajarkan saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh.

Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”

(Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi)

Khasiat Doa Abu Darda Rumi, Terjemahan dan PDF
Khasiat Doa Abu Darda Rumi, Terjemahan dan PDF
Khasiat Doa Abu Darda Rumi, Terjemahan dan PDF