Kad Ucapan Aidiladha Istimewa – Hari Raya Korban Tahun 2020

Kad Ucapan Aidiladha Istimewa - Hari Raya Korban Tahun 2020

Kedatangan Aidil Adha setiap tahun sentiasa mengingatkan kita tentang sejarah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Allah SWT menjadikan sejarah ini berlaku sebagai pedoman dan petunjuk bagi umat Islam untuk mengorbankan harta dan jiwa demi keimanan kepada Allah SWT.

Baca: With Image – Wish Wedding and Marriage


Kad Ucapan Aidiladha Istimewa - Hari Raya Korban Tahun 2020

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan menelusuri sejarah para anbiya’ yang sentiasa taat dengan perintah Allah dan sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk agama Islam yang tercinta.

Moga kita semua mencapai redha, maghfirah dan rahmat Allah.


Kad Ucapan Aidiladha Istimewa - Hari Raya Korban Tahun 2020

Baca: Koleksi Ucapan Hari Raya Aidiladha Tahun 2020

Assalamualaikum warramatullahi wabarakatuh. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha Tahun 2020.

Mudah-mudahan Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan.


Saya, bagi pihak diri ini dan seisi keluarga, dengan nawaitu murni lagi penuh tawaduk di hati, menyusun rapi sepuluh jari, memohon ampun serta kemaafan, atas sebarang kesalahan dan kekhilafan, zahir mahupun batin.

Salam Aidiladha.


Salam Aidiladha diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat.

Kepada mereka yang tak dapat balik kampung jangan bersedih dan kepada mereka yang balik ke kampung berhati-hatilah di jalan raya. Ingat orang yang tersayang.

Mohon ampun serta kemaafan, zahir batin


Semoga segala nikmat pengurniaan-Nya pada hari raya yang mulia ini kita susuli dengan bersyukur dan memperbanyakkan menyebut nama Allah swt sebagai tanda tunduk taat kepada-Nya.


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Selamat melaksanakan ibadah korban. Dalam melakukan ibadah korban, kita lakukanlah seikhlas hati. Moga amalan kebajikan kita diterima oleh Allah swt dan menadapat ganjaran pahala yang berganda.


Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam yang meraikannya. Semoga di hari yang mulia ini mendatangkan kemakmuran kepada semua. Maaf zahir dan batin.


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak kira di mana jua.

Di sebalik kemeriahan Aidiladha, marilah sama-sama kita menghayati makna pengorbanan sebenar Nabi Ismail dalam menyahut seruan Allah S.W.T untuk tunduk akur pada perintah-Nya.

Baca: Koleksi Hadis Tentang Hari Raya Aidiladha / Korban


Kad Ucapan Aidiladha Istimewa - Hari Raya Korban Tahun 2020

Daripada Abi Umamah daripada Nabi saw, ia bersabda,

‘Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) ikhlas kerana Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati.’

H.R. Ibnu Majah

Kad Ucapan Aidiladha Istimewa – Hari Raya Korban Tahun 2020 Kad Ucapan Aidiladha Istimewa – Hari Raya Korban Tahun 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *