Format & Cara Menulis Karangan Ucapan, Ceramah, Syarahan

Karangan Ucapan, syarahan, dan ceramah termasuk dalam kategori karangan berformat khusus. Karangan dalam kategori ini selalunya ditulis untuk disampaikan dalam majlis, program atau upacara tertentu. Contohnya seperti majlis keramaian, majlis perpisahan, perasmian, perhimpunan, dan sebagainya.

Tip Ringkas Menulis Karangan Berformat Ucapan, Syarahan dan Ceramah

Suasana ucapan, syarahan, atau ceramah itu kebiasaannya berbentuk formal. Oleh sebab itulah penggunaan bahasa yang digunakan adalah lebih mudah untuk difahami, padat, tegas, berkesan, dan meyakinkan. Pada masa yang sama, anda perlu mempelbagaikan ayat yang digunakan disamping menggunakan ayat aktif, ayat pasif, dan ayat tanya.

Apabila menulis karangan jenis ucapan, syarahan, atau ceramah, anda hendaklah memberikan penerangan, penjelasan, dan fakta tentang sesuatu perkara yang disampaikan. Penulisan ucapan, syarahan, dan ceramah mempunyai format khusus yang mesti anda ikuti.

Baca: Koleksi Doa Selepas Solat PDF

Format dan Cara Menulis Karangan Ucapan, Ceramah dan Syarahan Terbaik

Format Penulisan Ucapan, Ceramah dan Syarahan

Antara kesalahan yang acapkali dilakukan oleh murid adalah tidak mengikut format karangan khusus yang telah ditetapkan. Contohnya seperti ayat pendahuluan yang tidak dimulakan dengan kata alu-aluan yang ditulis berdasarkan kepada protokol. Ini menjadikan pendahuluan yang ditulis tidak lengkap.

Terdapat juga murid yang tidak menulis kata-kata penghadapan tatkala ingin mengemukakan sesuatu isi penting. Kata-kata penghadapan seperti ‘Para Hadirin Sekalian’ ini penting untuk menartik perhatian.

Selain itu, penjelasan serta pengolahan mengenai isi yang ingin diketengahkan juga kabur dan tidak jelas. Menjadikan apa yang ingin disampaikan dalam karangan sukar untuk difahami.

Secara ringkas, bersama ini disertakan format penulisan karangan ucapan / ceramah / syarahan untuk panduan bersama

Pengenalan

Dimulakan dengan pembuka kata yang berupa kata alu-aluan kepada para hadirin mengikut protokol dan tingkat kedudukan masing-masing.

Contoh: “Selamat pagi dan salam sejantera saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Pengetua, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.”

Isi

Dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menyatakan tujuan ucapan dan seterusnya perkara-perkara yang hendak disampaikan.

Kata-kata Penghadapan

Ditulis berselang-seli antara satu atau dua perenggan. Antara kata-kata penghadapan yang lazim digunakan. Kata-kata penghadapan ini ditulis selepas melangkaui satu atau dua baris dan diakhiri tanda koma.

Contoh: “Hadirin sekalian, Saudara sekalian, dan sebagainya.”

Penutup

Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan.

Contoh: “Akhir sekali saya ingin…”, “Untuk mengakhiri ucapan saya….”,