Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Takziah diucapkan kepada XXXXX dan keluarga atas kepulangan allahyarham XXXX beliau ke rahmatullah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang dirahmati Allah swt.
Takziah diucapkan buat XXXXX dan ahli keluarga. Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Didoakan agar XXXXXX serta keluarganya diberikan ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi situasi ini. Semoga segala urusan buat kelurganya dipermudahkan. Al-Fatihah.
Semoga Allah membesarkan pahalamu dan membaikkan kesabaranmu dan mengampunkan bagi si matimu.
No one can prepare you for a loss; it comes like a swift wind. However, take comfort in knowing that he/she is now resting in the arms of our Lord. Our/My deepest condolences to you and your family.
May you be comforted by the outpouring of love surrounding you.
May peace and comfort find you during this difficult time.
Secara umumnya, hukum takziah di dalam Islam adalah sunat yang dituntut. Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.
Memberikan ketenangan kepada keluarga si mati dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jenazah si mati yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa musibah.
Rasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Semuanya ada ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya. Perintahkanlah dia (perempuan itu) untuk bersabar, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.
Salam Takziah atas pemergian XXXXX. Semoga anda sekeluarga tabah menghadapi dugaan.
Salam takziah atas pemergian insan tersayang. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.
Salam Takziah kepada XXXXX atas kehilangan XXXX tercinta hari ini. Semoga tabah menghadapi saat duka atas kehilangan ini. AKu mohon agar Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.
Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia. Semoga arwah berada di dalam kasih sayangNya.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
Salam takziah. Hati kami keluar kepada anda dalam masa anda kesedihan.
Semoga kasih sayang kepada keluarga dan rakan-rakan selesakan anda semasa hari-hari yang sukar ini. Salam takziah paling tulus ikhlas daripada kami.
Dia akan kekal dalam hati kita selama-lamanya. Semoga roh beliau berehat dengan aman. Dicucuri oleh rahmat dan ditempatkan dikalangan insan yang bertaqwa.
Salam takziah daripada saya untuk anda sekeluarga.
Innalillahi Wa Inna Ilahi RojiunSemoga Allah ampunkan segala dosa arwah. Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia. Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Amiin Amiin Amiin..