16 Doa Selamat Ringkas- Rumi dan Bahasa Malaysia

Doa Selamat – Allah Akan Memperkenankan Semua Doa Hamba-Nya. Insya-Allah. Firman Allah swt, maksudnya: “Dan Tuhan kamu menerangkan, ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagimu.” – Surah Ghafir ayat 60

Firman Allah swt, maksudnya: “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.” – Surah al-Araf ayat 55

Baca: Ucapan Takziah: Doa Menutup Mata Jenazah (Rumi)

Continue reading “16 Doa Selamat Ringkas- Rumi dan Bahasa Malaysia”

Doa Angin Ahmar Ringkas, PDF, Terjemahan Bahasa Melayu

Sejarah Doa Angin Ahmar

Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya, Maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah Sulaiman “siapakah engkau..?”

Maka dijawab oleh lembaga tersebut bahwa akulah Rihul Ahmar….dan Aku bila memasuki rongga anak adam, maka lumpuh, keluar darah dari Rongga, dan apabila aku memasuki otak anak adam, maka menjadi gilalah anak adam..

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga tersebut, maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa “Aku kekal sampai hari kiamat tiba, tiada sesiapa yg dapat membinasakan Aku melainkan Allah. Lalu Rihul Ahmar pun ghaiblah ia.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad S.A.W. terkena Rihul Ahmar Sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datang malaikat jibril kepada Nabi S.A.W. dan bertanya Nabi kepada jibril. Maka ghaib sebentar, lalu malaikat jibril Kembali mengajari akan doa Rihul Ahmar kepada Nabi S.A.W. kemudian Dibaca doa tersebut kepada cucunda nya dan dengan sekejap cucunda Rasulullah sembuh serta merta. Lalu bersabda Nabi S.A.W. bahwa barang siapa Membaca doa stroke/ Doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur Hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau STROKE.

Doa menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

Allahumma inni a’uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar.

Ertinya;
Ya Allah tuhanku lindungi aku dari angin merah & lindungi aku dari darah hitam (strok) & dan dari penyakit berat

‘Riihul Ahmar’ biasanya akan masuk pada saat seseorang yang tidur antara waktu Asar hingga Isya’.

Koleksi Doa Selamat Murah Rezeki

Doa Angin Ahmar Ringkas, PDF, Terjemahan Bahasa Melayu

Doa Angin Ahmar Ringkas

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

“Allohumma innii a’uudzubika minar riihil ahmar, wad damil aswad, wad daail Akbar.”

Yaa Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari angin merah dan dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.

Baca: Doa Selepas Baca Quran PDF, Rumi dan Jawi

Doa Angin Ahmar – Panjang

Doa Angin Ahmar Ringkas, PDF, Terjemahan Bahasa Melayu

Wahai Tuhan! Aku berlindung dengan Engkau dan dengan beberapa kalimah yang sempurna daripada penyakit angin ahmar dan daripada penyakit yang besar-besar pada diriku, rohku, darahku, dagingku, lemakku, kulitku dan urat sarafku. Maka apabila Engkau tunaikan sesuatu pekerjaan Engkau berkata jadi oleh mu, jadilah ia. Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan upaya pada menolak ujian Allah dan tidak ada kekuatan dalam menjalani ibadah kepada Allah melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi.

Baca: Bergambar – Hadith dan Kata Kata Merendah Diri

Doa Angin Ahmar Ringkas, PDF, Terjemahan Bahasa Melayu

Doa Selepas Baca Quran PDF, Rumi dan Jawi

Menurut Fiman Allah swt, antara kelebihan membaca al quran yang dirakamkan dalam hadis dan al-quran adalah:-

Doa Selepas Baca Quran (Rumi)

Cadangan Ejaan Rumi: Allahummaf-Tah ‘Alayya HikmaTaka WanSyur ‘Alayya RahmaTika Wa Zak-KirNii Maa NasiiTu Ya ZalJalaaLi Wal Ikraam.

Maksud Terjemahan Dalam Bahasa Melayu: Ya Allah, bukalah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupakan wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemurahan.

Muat turun: Doa Selepas Baca Quran PDF

Doa Selepas Baca Quran PDF, Rumi dan Jawi

Doa Sebelum Baca Quran (Rumi)

Cadangan Ejaan Rumi: Allahummar HamNaa BilQuran. Waj’al HuLaNaa ImaaMan Wa NuuRan WaHuDan WaRahMah. Allahumma Zak-KirNaa MinHuMaa Nus-SiiNaa Wa ‘allimNaa MinHuMaa JaHilNaa WarZuqNaa TiLaaWaTahu. AaNaa AllayLi Wa AthRooFan-NaHarr Waj’alHu LaNaa Hujjatan. Ya Rabbal ‘Alamiin.

Maksud Terjemahan Dalam Bahasa Melayu: Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran. Jadikan ianya bagi kami iman, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarlah kami apa yang kami jahil. Kurniakan kami membacanya siang dan malam. Jadikan ianya perisai bagi kami. Wahai tuhan seluruh alam. Amin! Ya Rabbal ‘Alamiin.

Doa Selepas Baca Quran PDF, Rumi dan Jawi

Doa Khatam Quran PDF, Rumi, Ringkas dan JAKIM

Khatam bermaksud menutup atau dalam bahasa arabnya boleh ditermehankan sebagai ‘tamat’. Oleh itu, Khatam al-Quran adalah menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran secara menyeluruh secara bacaan atau hafazan. Membaca al-Quran adalah salah satu amalan sunnah yang dituntut. Sewaktu zaman Nabi, majlis khatam juga ada dilakukan.

Athar kepada Anas bin Malik RA, maksudnya: Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka. – Hadis Riwayat al-Darimi

Melalui Al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran, Imam al-Nawawi mengatakan amalan hadir majlis khatam al-Quran adalah sunnah muakkad.

Daripada Abu Hurairah R.A, Baginda SAW telah bersabda, maksudnya: Tidaklah suatu kaum berkumpul diantara rumah-rumah Allah sambil membaca Kitabullah, dan saling mempelajari diantara mereka. Kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, dan diberikan rahmat serta malaikat akan menaunginya. Dan mereka akan diingat disisi Allah. – Hadis Riwayat Muslim.

Berikut adalah contoh doa ringkas yang boleh dibaca setelah selesai membaca kitab suci Al-Quran mahupun khatam Al-Quran:

اللهم اجعله لنا قرة عين وجلاء صدور وذهاب هم وغم

Artinya: “Ya Allah, jadikanlah bacaan Al-Qur’an ini sebagai penyejuk hati kami, cahaya dalam dada-dada kami, penghilang kesedihan dan kesusahan.”

Surah Terpilih dari Al Quran dan Kelebihannya

Muat Turun: Doa Khatam Quran PDF

Doa Khatam Quran

Doa Khatam Quran (Terjemahan)

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. 

Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. 

Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjukkan dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. 

Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

Doa Khatam Quran

Rumi – Doa Selamat Mohon Perlindungan Dari Musibah dan Kesusahan

Rumi - Doa Selamat Mohon Perlindungan Dari Musibah dan Kesusahan

Doa untuk mendapatkan semula barang yang hilang.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.

(surah Ali-Imran ayat 9)

Doa sekiranya kenderaan bermasalah.

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari selain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nyalah tuntuk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.

(surah Ali-Imran ayat 83)

Rumi - Doa Selamat Mohon Perlindungan Dari Musibah dan Kesusahan

Doa memohon pertolongan semasa menghadapi musuh.

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

(surah Ali-Imran ayat 147)

DOA Meminta hujan.

Dan hendaklah kamu meminta ampun (beristighfar) kepada tuhan kamu (daripada perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat (bertaubat) kepada-Nya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu. Dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), makan sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).

(surah Hud ayat 3)

Rumi - Doa Selamat Mohon Perlindungan Dari Musibah dan Kesusahan

Baca: Rumi – Doa Agar Selamat Daripada Fitnah dan Penawar Sihir

Doa Nabi Ayub ketika ditimpa penyakit kronik.

Sesungguhnya aku ditimpa penyakit kemudaratan, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.

(surah al-Anbiya’ ayat 83)

Doa ketika berhadapan dengan perkara yang rumit.

Wahai Tuhanku, hukumkanlah (antara kami dengan mereka) dengan yang benar, dan Tuhan kami ialah yang melimpah-limpah rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kami sifatkan.

(surah al-anbiya’ ayat 112)

Doa Nabi Nuh agar terselamat daripada ribut taufan

Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkaulah adalah sebaik-baik pemberi tempat.

(surah al-Mu’minun ayat 29)

Doa agar dihilangkan perasaan sedih.

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menghapuskan perasaan dukacita daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).

(surah Fathir ayat 34)

Baca: Bergambar – 18 Ayat Cinta Terbaik Sweet Gila

Doa Sayidina Umar ketika kemarau.

Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.

(surah asy-Syura ayat 28)

Doa apabila menderita sakit gigi.

Katakanlah (wahai Nabi Muhammad), Allah yang menciptakan kamu ( daripada tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit apa yang kamu syukuri.

(surah al-Mulk ayat 23)

Rumi – Doa Selamat Mohon Perlindungan Dari Musibah dan Kesusahan Rumi – Doa Selamat Mohon Perlindungan Dari Musibah dan Kesusahan