Bergambar – Koleksi Doa Tahajjud Rumi Mudah Dibaca

“Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”Hadis Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah

Baca: 20 Ucapan Salam Jumaat Yang Indah

Doa Tahajjud Rumi

DOA SEBELUM SOLAT TAHAJJUD

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

Doa Tahajjud Rumi

DOA SEWAKTU SUJUD AKHIR SOLAT TAHAJJUD

Wahai Tuhanku, masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

Doa Tahajjud Rumi

DOA SOLAT TAHAJJUD (PANJANG)

“Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Baca: Bergambar – 20 Ucapan Salam Tahajjud

Doa Tahajjud Rumi

DOA SOLAT TAHAJJUD (PENDEK)

Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, pada lidahku cahaya dan jadikan pada pendengaranku cahaya serta jadikan pada penglihatanku cahaya, jadikan di bekalangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan dari bawahku cahaya. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang.

doa tahajjud rumi, doa tahajjud dan maksudnya, doa selepas solat tahajud rumi, doa sholat tahajud rumi,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *