Bergambar – 30 Ucapan Salam Tahajjud

Ucapan Salam Tahajjud

Ucapan Salam Tahajjud

Tahajjud merupakan salah satu ibadah solat yang sangat digalakkan dalam agama Islam, di mana seorang muslim bangun pada tengah malam untuk berdoa dan beribadah kepada Allah swt. Ibadah ini menjadi salah satu cara yang ampuh dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dan mendapatkan rahmat serta keredhaan daripada-Nya. Waktu yang paling afdal untuk mengerjakan ibadah ini ialah pada dua pertiga malam terakhir sebelum waktu subuh menjelma.

Antara kelebihan Solat Tahajjud ialah:-

  1. Mendekatkan diri kepada Allah swt
  2. Memperoleh keampunan dan rahmat daripada yang Maha Esa
  3. Memperoleh ketenangan jiwa
  4. Doa yang termakbul

Berikut merupakan antara contoh ucapan salam tahajjud yang boleh diberikan kepada kenalan mahupun menjadi status pada laman media sosial Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya.

Salam Tahajjud. ALLAH MENANTI DOAMU DI PENGHUJUNG MALAM. Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami. Ampunilah dosa-dosa kami. Pimpin kami ke pintu kebenaran. Hanya Mu Ya Allah sebaik-baik penolong. Aamiin.

Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Rabb-Mu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.

Surah Al-Israa 17:79

Setinggi mana pun kita terbang, belum tentu kita akan temui ketenangan, kerana ketenangan itu ada di bawah ketika kita merendahkan diri untuk sujud kepada Allah.

Koleksi Ucapan Salam Tahajjud dan Salam Subuh

Koleksi Doa Pagi dan Ucapan Selamat Pagi

Doa disaat TAHAJJUD adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran – Imama As-Syafie

Ucapan Salam Tahajjud

Nereka itu pahit, tapi jalan menujunya sangat manis. Syurga itu manis, tapi jalan menujunya sangat pahit.

Salam Tahajjud dan Salam Subuh. Cintakan Allah, banyakkan zikir. Cintakan Rasul, banyakkan selawat. Cintakan diri, banyakkan istighfar

Manusia boleh melupakan beribu kebaikan hanya dengan satu kesilapan. NAMUN, Allah mampu mengampunkan beribu kesalahan hanya dengan satu taubat nasuha.

Baca: Doa Tahajjud – Rumi dan Maksudnya

Assalamualaikum. Air mata TAUBAT yang menitis diatas sejadah lebih bermakna daripada air mata yang mengalir di pipi kerana keduniaan.

Jika impianmu tidak mampu membuatkan kami bangun malam dan mendirikan tahajjud, itu bermakna kamu tidak serius dalam mengejar impian itu.

Salam Tahajjud dan Salam Subuh. Ambil masa untuk kenal diri, dekatkan diri dengan Allah, stabilkan amal ibadah dan hidupkan hati.

Ya Allah, aku mulai hariku dengan menyebut namaMu. Semoga apa jua niat yang baik akan diberkati. Lindungilah keluargaku, sanak saudaraku dan para sahabatku sekalian.

Kebahagiaan yang paling bahagia ialah panjang umur dalam ketaataan kepada Allah SWT – Hadis Riwayat Ad-Dailani

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.

Ya Allah, jika yang baik itu jauh dariku, maka Kau dekatkanlah ia. Namun, jika yang jahat itu dekat dengan aku, maka Kau jauhkanlah ia dari aku.

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu – Hadis Riwayat Muslim

Salam Tahajjud dan Salam Subuh. Ya Allah, lepangkanlah jiwa kami. Tenangkanlah hati kami. Sihatkanlah tubuh badan kami. Bahagiakanlah hidup kami. Terimalah amal ibadah kami. Permudahkanlah setiap urusan kami agar perjalanan hari ini dapat kami jalani dengan penuh semangat,. Aammiin

AMAL adalah teman sejati yang akan menemani kita sampai mati.

Salam Tahajjud, Salam Subuh dan Selamat Pagi Semua. Wahai Allah, cukupkanlah rezeki daripada apa yang Engkau kurniakan bagku. Berkatilah ia buat diriku. Engkau gantikanlah bagiku setiap yang hilang daripada diriku dengan sesuatu yang lebih baik.

Firman Allah SWT, maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).” – Surah az-Zariyat ayat 15 hingga 18

Ucapan Salam Tahajjud

Allah S.W.T berfirman:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Surah al-Isra’ (79)

Ucapan Salam Tahajjud

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ سَمَرَ إِلاَّ لِمُصَلٍّ أَوْ مُسَافِرٍ

Maksudnya: Tidak ada perbualan pada waktu malam melainkan untuk orang yang menunaikan solat atau bermusafir.

Hadis Riwayat Al-Tirmizi 

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Ya Allah, panjangkanlah umur kami. Kurniakanlah kami kesihatan yang baik. Terangilah hati kami dengan NUR pancaran imanMu. Dekatkan kami kepada kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami. Kurniakanlah kami kesenangan, ketenangan dan hidayahMu dalam menempuh cabaran kehidupan. Berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Peliharalah kami dari azab api neraka. Aamiin Ya Robbal Alamin

Solat Tahajjud merupakan solat sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut. Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam. – Hadis Riwayat Muslim

Daripada Abi Salamah bin Abd Rahman, bahawa dia bertanya kepada Aisyah (semoga Allah meredhainya) bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. di malam Ramadhan? Maka berkatalah Aisyah: “Baginda tidak menambah lebih daripada sebelas rakaat, sama ada di bulan Ramadhan atau di bulan-bulan lain.” – Hadis Riwayat Bukhari

Daripada Ibnu Umar, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai solat malam. Baginda bersabda: Solat malam dilakukan dua rakaat, dua rakaat. Jika kamu bimbang telah masuk waktu Subuh, maka solatlah satu rakaat untuk mewitirkan (mengganjilkan rakaat) solat malamnya itu”. – Hadis Riwayat Bukhari

Bergambar - 30 Ucapan Salam Tahajjud

Bergambar - 30 Ucapan Salam Tahajjud

Doa Tahajjud (Rumi)

Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mu-lah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi.

Bagimulah segala puji. Engkaulah yang haq, janji-Mu adalah benar,

Pertemuan-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Muhamad s.a.w. adalah benar dan kiamat adalah benar.

Ya Allah kepada-Mu-lah aku berserah diri, kepada Engkaulah kami kembali, kepada Engkaulah kami merindu, kepada Engkaulah kami berhukum.

Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan atau yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul Alamin.

Bergambar - 30 Ucapan Salam Tahajjud

Bergambar – 20 Ucapan Salam Tahajjud Bergambar – 20 Ucapan Salam Tahajjud