Ayat Kursi Rumi – Terjemahan Bahasa Melayu

Ayat Kursi Rumi - Terjemahan Bahasa Melayu

AYAT KURSI RUMI

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
Lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard
Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi
Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
Wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a
Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
Wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem

Sabda Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh Abu Zar: “Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?” Jawab Baginda: “Ia adalah Ayat Kursi.” – Hadis Riwayat Ahmad, Al-Nasai, Al-Hakim dan Al-Baihaqi.

AYAT KURSI – TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Ayat Kursi Rumi - Terjemahan Bahasa Melayu

ANTARA KELEBIHAN DAN FADILAT AYAT KURSI

  • Sesiapa yang membaca Ayat Kuris ketika hendak tidur, Allah akan mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
  • Sesiapa yang membaca Ayat Kuris sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana suatu hajat, insyaallah akan termakbul hajatnya.
  • Sesiapa yang sedang marah, hendaklah membaca Ayat Kursi. Insyaallah akan dijauhkan syaitan yang memanaskan hatinya.
  • Mereka yang sentiasa membaca Ayat Kursi, Insyaallah akan dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.
  • Abdulrahman bin Auf menerangkan bahawa, apabila masuk ke dalam rumah, dibacanya Ayat Kursi pada empat penjuru rumah – menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh kusyuk, Insyaallah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  • Jika anda berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama, seeloknya baca Ayat Kursi. Insyaallah anda sekeluarga akan terlindung dari gangguan zahir dan batin.
  • Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi ketika dalam keadaan kesempitan, Insyaallah akan datang pertolongan kepadanya.
  • Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah akan menghantar 2 orang Malaikat untuk memeliharanya hingga Subuh.

Baca: Ayatul Kursi – Keagungan, Maksud dan Kelebihannya

ayat kursi ayatul kursi rumi, ayat kursi in english, ayat kursi maksud, bacaan ayat kursi, ayat kursi penuh, ayat kursi rumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *