Assalamualaikum Salam Subuh dan Selamat Pagi

Assalamualaikum Salam Subuh dan Selamat Pagi

Assalamualaikum. Selamat Pagi. Salam Subuh. DOA SEPERTI PAYUNG. Ia tidak dpat menghentikan HUJAN. Namun, ia dapat melindungi kita dari derasnya AIR HUJAN.

YA Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang. Di setiap kesukaran, ada kemudahan. Engkau permudahkanlah setiap urusan kami hari ini dan jua hari mendatang….bersama redha dan kasih sayangMu.

Alhamdulillah. Semoga doa dan amal ibadah kita diterima Allah. Syukur dengan apa yang ada. Redha dengan apa yang tiada. Insyaallah ketenangan pasti dirasa. Selamat Pagi

Assalamualaikum Salam Subuh dan Selamat Pagi

Assalamulaikum dan Salam Subuh. Ya Allah, jika ada dikalangan kami, mereka yang diuji dengan kesusahan. Kau bantulah mereka dan permudahkanlah urusan mereka. Jika ada dikalangan kami mereka yang bersedih hati, berilah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka.

Kebajikan tidak tergantung pada penampilan mahupun kekeayaan seseorang. akan tetapi, ia tergantung pada diri perilaku orang tersebut. Selamat Pagi dan Salam Subuh.

Baca: 15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat dan kurniaMu di pagi ini. Jadikanlah setiap langkah kami agar selalu dalam kebaikan. Jadikanlah sisa umur kami penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami semua dengan kasih sayangMu. Sesungguhnya Ya Allah, hidup dan matiku hanya keranaMu. Aamiin.

Semoga pagi ini membawa sejuta keberkatan pada kita semua. Dan semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah kita hari ini…serta mencurahkan rahmat dan hidayahNya kepada kita semua.

Assalamualaikum. Semoga hari ini menjadi hari yang indah buat kita semua. Dan semoga kita semua dalam perlindungan Allah sentiasa.

Assalamualaikum Salam Subuh dan Selamat Pagi

Ya Allah, permudahkanlah urusan duniawi dan ukhrawi kami. Ya Allah, jadikanlah kamu semua orang yang beriman, taat dengan suruhanMu dan jauhi dari segala laranganMu. Ya Allah, berilah kami kekuatan dan istiqomah dalam meningkatkan ibadah sepanjang hayat kami.

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

Ya Allah, jika Engkau takdirkan panjang usiaku, tetapkanlah aku pada jalanMu. Teguh menjalankan perintahMu dan tunduk patuh pada ketentuanMu. Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu. Agar tidak sia-sia umurku berlalu. Aamiin Ya Robbal Alamin. SALAM SUBUH

Waalaikumussalam dan Salam Subuh. Semoga Allah mengiringi perjalanan hidup kita dengan rahmatNya sepanjang hari ini, esok dan selamanya. Aamiin

Assalamualaikum Salam Subuh dan Selamat Pagi

Yaa Allah, lapangkalah jiwa kami. Tenteramkanlah hidup kami. Muliakanlah akhlak kami. Tempatkanlah kami dikalangan golongan orang-orang yang selalu berjalan di atas cahayaMu.

Assalamulaikum. Ya Allah, terangilah jiwa kami dengan cahayaMu. Bimbinglah langkah kami dengan petunjukMu. Jagalah kami dari seksa api neraka. Aamiin Ya Robbal Alamin

Salam Tahajjud dan Salam Subuh. Ya Allah, aku mulai hari ini dengan menyebut namaMu. Semoga apa jua niat yang baik akan diberkati. Lindungilah keluargaku, sanak saudaraku, para sahabatku serta semua yang aku sayangi dan kasihi.

Assalamualaikum Salam Subuh Assalamualaikum Salam Subuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *