
Duduk temenung di atas batu
Melihat rakit mudik ke hulu
Walaupun jauh beribu batu
Siratulrahim dekat selalu
Berlabuh sauh di dada segara,
Turunkan jaring mari memukat;
Walaupun jauh diri terpenjara,
Kampung sering di hati dekat.
Burung enggang dipokok tualang,
Terbang berlima minum di telaga ,
Anak dagang berduyun pulang,
Beraya sama kaum keluarga.
Walau pauh berbuah jarang,
tetap di laman dilihat perhati;
walau jauh di negeri orang,
kampung halaman melekat dihati.
KOLEKSI UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA / KORBAN 2023
- 17 Pantun Raya Korban – Selamat Hari Raya Aidiladha
- 200 Koleksi Ucapan Hari Raya Aidiladha / Korban 2023
- Ucapan Hari Raya Korban Aidiladha 2023 Indah
- Kad Ucapan Aidiladha Istimewa – Hari Raya Korban Tahun 2023
- Koleksi Hadis Tentang Hari Raya Aidiladha / Korban
- Koleksi Ucapan Hari Raya Aidiladha Tahun 2023
- Koleksi Hadis Kelebihan Hari Arafah dan Ibadah Korban
- Koleksi 6 Hadis Tentang Ibadah Korban
- 4 Hadis Nabi Tentang Hari Raya Korban – Aidiladha
- Bergambar – Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
- Wukuf – Contoh2 Doa Hari Arafah Menurut Hadis, Rumi & Pendek
- (Download PDF) Doa Hari Arafah Rumi, Panjang – Untuk Jemaah Haji

Buah pauh dicelah pohon.
Ambil galah tolong jolokan.
Didalam sujud restu ku mohon
Semoga ukwah kekal berpanjangan.
Mendaki gunung tinggi berbatu
Gunung didaki bersama pemandu
Walaupun jauh beribu batu
Kampung halaman tetap dirindu.
Kapal bersauh dari seberang,
Bawa selasih mudik ke hulu;
Diriku jauh di rantau orang,
Padamu kasih ingat selalu.
Buah pauh di pagar rumah.
Masak sebiji diatas Pangar.
Walau pun jauh di rantau orang.
Di kampong halaman bertemu jua.

Tumbang pauh menimpa sena
Tumbuh rapat pokok mengkudu
Walaupun jauh nuan di sana
VC, whatsApp pelepas rindu
Barangan besi diguna buat rumah batu
Selepas digunakan sentiasa digarap
Walaupun diri jauh merantau beribu batu
Doa keluarga tercinta sentiasa diharap
Selendang raya kain baldu
Baldu Arab sungguh bermutu
Desa jauh memang dirindu
Anak perantau yatim piatu
Pepohon redup rimbun merendang,
arah taman berperdu meranti;
Adat hidup merantau berdagang,
Kampung halaman dirindu pasti.
Bunga raya di dalam dulang,
Bersama tanjung dan melati;
Walau beraya di negeri orang,
Keluarga di kampung tetap di hati.
Menarik sauh ribut menyerang,
Hasrat ke Rio tidak tersekat;
Walaupun jauh di negeri orang,
Panggilan video terasa dekat.

Mencari saga di hujung permatang
Untung berjumpa biji mengkudu
Lumrah merantau di negeri orang
Yang istemewa sentiasa dirindu
Semalam dimalaysia nama lagu,
Bila didengar menyentuh hati,
Walaupun berapa lama merantau,
Tempat lahir pasti ia kembali,
Lagu syurga ditelapak kaki ibu,
Amat menyentuh mendengarnya,
Sudah menjadi janji perantau,
Tiba masa akan kembali juga,
Aidilfitri bakal tiba,
Halaman rumah dihias pelita,
Sudah jadi fitrah manusia,
Anak dagang pulang keasalnya,
Dua tiga pohon kelapa
Buahnya jatuh kedalam paya
Muslimin muslimat jangan lupa
Tak lama lagi kita nak raya
Mencari ikan di dalam paya
Guna kail panjang sedepa
Walaupun sibuk nak sambut raya
Zakat fitrah jangan buat buat lupa
Pakaian koyak bertampung tampung
Pakai baju warnanya merah
Sanak saudara balik kampung
Hari raya bertambah meriah
Rasa seronok tidak terkira
Lantaran hidup telah berjaya
Nenek dan Tok Wan rasa gembira
Kerana anak cucu balik beraya
Bergotong royong bersatu padu
Perpaduan bersama erat tersemat
Berhati hati tika memandu
Semoga sampai dengan selamat
Sanak saudara ramai berhimpun
Beramah mesra di aidilfitri
Tangan di hulur memohon ampun
Salah dan silap harap dimaafi.
Dara berlima bertudung bawal,
Tinggal berjiran tepian sekolah;
Takbir bergema di pagi Syawal,
Tanda kesyukuran kepada Allah.
Tiang bendera kawal bersama,
dua pemuda sekali kerah;
riang gembira Syawal menjelma,
tua dan muda kembali fitrah.
Di hujung muara tanam papaya,
Juga mangga dan asam pauh;
Dalam gembira menyambut raya,
Ingatlah juga saudara yang jauh.
Indah mentari arahnya gua,
terbang rerama tepian kawah;
Selamat Hari Raya semua
maaf bersama meriah ukhuwah.
Ketupat dianyam menyambut Aidilfitri
Pelita dinyala menambah seri
Syawal menjelma meriah dirai
Ukhuwah terjalin saling mensyukuri
Baju kebaya sulaman puteri,
Cantik sepadan batik pilihan;
Hari Raya penilaian kendiri,
Perjuangan Ramadan mampukah bertahan?
30 Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Haji – Korban 30 Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Haji – Korban