15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Doa Mohon Dijauhi Daripada Kejahatan

15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Wahai Allah, Selamatkanlah kami, agama kami, kepercayaan kami, pengenalan kami (terhadap Allah), roh kami serta tubuh badan kami. Wahai Allah, tenteramkanlah kami daripada segala malapetaka di dunia dan seksa di akhirat. Jauhkanlah daripada kami akan segala kejahatan di dunia serta kejahatan di akhirat dengan hak dan kebenaran kitab suci al-Quran dan Nabi Engkau (Muhammada saw) yang mulia


Doa Mohon Kesejahteraan dan Kesihatan

Wahai Allah, Kami mohon kepada Engkau akan kesejahteraan, pengampunan dan kesihatan yang berkekalan terhadap agama, dunia dan akhirat serta keluarga, tubuh badan, harta benda, anak pinak seterusnya terhadap semua orang-orang Islam

Baca: Konsep Baru di Wong Solo Bangi


Doa Mohon Perlindungan

15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir


Doa Mohon Dipermudahkan Urusan

Wahai Allah, Perbaikilah agama kami yang ianya menjadi pemeliharaan segala urusan kami. Perbaikilah hak keduniaan kami yang ianya menjadi tempat urusan hidup kami. Perbaikilah akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Perbaikilah hubungan dan pergaulan kami serta perjinakkanlah hati di antara kami. Jadikanlah hidup ini untuk kami menambah segala kebajikan serta jadikanlah mati itu sebagai tempat kelepasan (kerehatan) kami dari segala macam kesusahan (kejahatan).


Doa Puji-Pujian

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah saw, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Doa Mohon Rahmat dan Keberkatan

15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, keafiatan jasad, kesihatan badan, tambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada masa datang maut, dan ampunan setelah datang maut.


Doa Untuk Ibu Bapa

Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.


Doa Mohon Perlindungan

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan kami berlindung kepadaMu dari hutang dan paksaaan orang.


Doa Taubat dan Mohon Keampunan

Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepada-Mu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah segala dosaku. Ampunilah segala kesalahanku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat. Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku. Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku. Berkatilah hidupku dunia dan akhirat.

Baca: Soalan – Apakah Kelebihan Doa Selepas Solat?


Doa Mohon Diberikan Kesabaran

15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Ya Allah. Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran, ujian dan dugaan dari-Mu didunia ini. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariat-Mu.


Doa Untuk Anak Soleh dan Solehah

Ya Allah, Berkatilah ku dengan anak-anak yang soleh. Bantulah ku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak aku dan pasanganku. Peliharalah mereka supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan aku dan pasanganku yang lalu dalam hidup mereka.


Doa Untuk Keluarga Bahagia

Ya Allah, Selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan. Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agama-Mu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah.


Doa Mohon Sembuh Dari Penyakit

15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit. Sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati. Perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Baca: Doa Selepas Solat Rumi – Menyentuh Hati


Doa Mohon Keredhaan

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan- Mu daripada kemurkaan- Mu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada Balasan- Mu, dan aku berlindung dengan- Mu daripada tidak mampu memuji- Mu seperti Engkau memuji diri- Mu.


Baca: What We Should Know About Discovery Park Cyberjaya

Doa Selepas Salam Tahajjud

15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, pada lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya serta jadikanlah pada penglihatanku cahaya, jadikanlah di belakangku cahaya dan dihadapanku cahaya dan dari bawahku cahaya. Ya Allah, Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang.

Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *